|
|
::::
Alat-alat dan Pakaian Pengawal::::
1. Agensi Perkhidmatan Kawalan yang diberi kebenaran memiliki senjatapi oleh Polis adalah
dikehendaki melaporkan kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bilangan dan
jenis senjatapi yang dimiliki pada setiap tahun.
2. Agensi Perkhidmatan Kawalan yang dibenarkan memiliki senjatapi adalah dikehendaki
menyediakan sebuah bilik kebal ataupun peti besi yang sesuai untuk menyimpan senjata
dan peluru dengan selamat.
3. Agensi Perkhidmatan Kawalan yang dibenarkan memiliki senjatapi dan peluru adalah
dikehendaki menyimpan buku daftar untuk merekod pergerakan keluar masuk senjatapi.
Contoh daftar yang perlu digunakan adalah seperti di Lampiran I.
4. Anggota Agensi Perkhidmatan Kawalan yang dibenarkan membawa dan mengguna
senjatapi hendaklah diberi latihan yang cukup tentang cara membawa, mengguna, menjaga
dan menyimpan senjatapi.Latihan menembak hendaklah diadakan dari semasa ke semasa,
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
5. Agensi Perkhidmatan Kawalan hendaklah menggunakan senjatapi miliknya sendiri untuk
tujuan kawalan.Senjatapi kepunyaan pengawal atau senjatapi RELA adalah dilarang sama
sekali daripada digunakan.Walau bagaimanapun, sekiranya agensi itu hendak menggunakannya
juga, kelulusan Polis adalah diperlukan untuk meminda syarat kegunaan senjatapi berkenaan.
6. Agensi Perkhidmatan Kawalan tidak dibenarkan menggunakan gari.
7. Pengawal-pengawal keselamatan hendaklah memakai pakaian seragam hendaklah memaaki
pakaian seragam yang ditetapkan iaitu seluar berwarna hitam, dengan baju yang berwarna kuning
susu tua (dark beige).Warna-warna lain tidak dibenarkan. Lambang atau lencana syarikat hendaklah
dipakai di pakaian seragam semasa menjalankan tugas.Lencana atau lambang yang digunakan
hendakalah mendapat kelulusan dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
8. Penggunaan sistem ‘Central Monitoring System’ perlu mendapat kelulusan Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri dan Polis.
|